Great-Great-Articles

Aku ingin HIJRAH....

Assalamualaikum

Manusia berhijrah ke arah kebaikan dan meninggalkan jauh segala larangan Allah SAW. Bagaimana manusia bisa berhijrah..Hijrah adalah melakukan perubahan maka setiap perubahan ke arah kebaikan niat kerana Allah itu adalah hijrah. InsyaAllah. Aku ingin berubah agar niatku belajar bukan hanya untuk dapat keputusan cemerlang semata mata tapi juga kerana ilmu itu harta agamaku dan semoga harta itu dapat ku kumpul buat manfaat bagi diriku, keluargaku, sahabatku, agamaku. Itu juga hijrah. Allah menyeru umatnya agar sentiasa berhijrah samada kecil atau besar. Kerana dengan hijrah dengan yang sedikit itu jika dijalankan dengan istiqamah insyaAllah pasti bisa mengubah segenap cerita. 

Ketika aku sedang belajar, apakah matlamat utamaku? apakah detik perasaanku ? adakah ia ikhlas, adakah hanya mengikut aturan hidup atau atas kecitaan ku kepada ilmu. Untuk menjadi insan yang cemerlang, sentiasalah meletakkan rasa penghargaan, mecintaan, dan penuh makna di atas setiap perkara yang kita lakukan di atas muka bumi Allah ini. Kerana apabila kita memahami mengapa kita melakukannya, apabila kita ikhlas melakukannya beserta niat kepada yang maha Esa, nukilan usaha yang mengalir pastikan berterusan dn mencapai tahap tinggi penghijrahan. Beramallah, belajarlah, bekerjalah, berkasih sayanglah kerna penghargaan, kerna kecintaan, dan berikan lah ia penuh penghargaan agar semuanya bisa menjadi manfaat bukan di dunia sahaja bahkan mendapat ganjaran Allah di akhirat. InsyaAllah..


p/s 
sekadar perkongsian di atas pengisian yang diberikan dalam satu majlis ilmu buat diri sendiri dan rakan taulan..




Saje saje sharing lirik lagu dari opick and amanda ' Hanya Hamba Allah '


hidup di dunia hanya sementara
bila suka duka tawa semoga hati kembali kepadanya
waktu yang berlari takkan bisa kembali lagi
bila perih bila sedih air mata bukan segalanya

hanya hamba Allah yang selalu brserah
hanya hamba Allah yang selalu berpasrah
kerna segalanya tergantung padanya
hanya pada Dia semua bermuara

detik waktu kan berlalu
suka dukakan berlalu
tiadalah semuanya abadi
tangis tawa airmata
semuanya berlalu dan pergi

0 comments:

Post a Comment