Manusia mana yang tidak berego ? Aku percaya setiap manusia itu pasti ada egonya dalam sesetengah perkara bezanya cuma adakah egomu itu setinggi langit angkasa ataupun hanya serendah tanah yang menghambar. Ego manusia ini berbeza beza. Ada yang tidak mahu kalah dari segi hartanya , pangkatnya, statusnya, kebijaksanaannya, dan bermacam lagi. Seorang lelaki , masih ada yang berfikiran sempit mengatakan hal urusan rumah hanya menjadi pikulan buat seorang wanita bukannya kerja remeh buat sang lelaki.
Lelaki juga selalu berkata 'aahh kau perempuan duduk rumah aja jangan sibuk keluar rumah'..begitulah sesetengah pemikiran yang aku kira masih lagi di takuk yang lama. Apalah salahnya seorang suami yang meringankan beban isterinya bersama sama menjaga kecantikan dan kebersihan rumah tangganya..Sweetnye..^^ Hakikat ini pasti akan diakui oleh setiap insan yang bergelar 'wanita'. Bagi 'wanita', bukanlah niat malas atau lupa tanggungjawab seorang isteri, tetapi alangkah bahagianya jika rutin ini diringankan bersama. Itu cerita orang yang berkahwin, bagi yang bujang pula...ke manakah arah egomu....
Didalam dunia ini, tiadalah makhluk yang hidup selama-lamanya.. Setiap dari kita baik yang bernyawa pasti akan meninggal dunia..Baik pokok yang subur menjalar meninggi di ankasa, pasti akan mati bila tiada air mengalir..Tanah kering kontang tanpa air yang mengalir di dalamnya...Manusia pastikan mati di saat tiada bekal kehidupan yang Allah berikan kepadanya...Lalu apa adanya Manusia? Apa yang ada pada EGO mu..?
Egomu menambah kebencian
Egomu menolak kemaafan
Egomu membezakan darjat
Egomu menjarakkan hubungan
Egomu menyisihkan sayang di hati
Egomu menambah benteng rindu di sanubari
Egomu menghanyutkan kasih yang kian menyepi
Egomu tiada harga disisi ilahi...
Disaat nyawa masih berbaki...Leraikanlah egomu wahai manusia kerana jiwa yang mekar itu jiwa yang tunduk bersujud kepadaNya...Jiwa yang redup santun jiwanya...ingatlah wahai kalian....Tiada yang layak mengembangkan sayap mendabik dada selain yang Maha Esa...
0 comments:
Post a Comment