Great-Great-Articles

Kepadamu Ilahi

Assalamualaikum

Disaat hidup dijenguh payah disinggah resah
Hati bagaikan ingin meronta
melepaskan diri dari tali tali kehidupan
Tika diri disinggah kesibukkan tika batin disinggah kerisauan
Tika peluru hidup bertubi tubi menikam jasad

Ya Allah
Bantulah hambaMu agar terus kuat
Menahan panahan kilat petirmu
Yang kau datangkan padaku hanya kau Maha Tahu
Bantula aku menghadapi dugaan yang kau singgahkan ini
dengan penuh kekuatan dan ketabahan

Surutkan lah taufan yang kau singgahkan
Surutkan lautan yang membanjiri daratan
Surutkanlah kerisauan yang menjenguk minda dan pemikiran
Tuntunkan lah hati agar menilai kehidupan dengan penuh kewarasan
Penuh makna selari dengan ajaran kitabmu Al Quran

Kerana sesungguuhnya hanya engkau yang maha memberi kerisauan kegelisahan
Dan sesungguhnya, hanya engkaulah juga tempatku mendapatkan kegembiraan dan keceriaan

Ameen..

0 comments:

Post a Comment